20.2.13

merepek merepek saja

MUSIM MENGANTUK SUDAH TIBA
ASYIKLAH RASA NAK TIDO SAJA
KALAULAH AKU KAYA RAYA
AKU DAH BERENTI KERJA..^_________________^

hakhakhak..tak kelakar sangat!
ada masa2 atau pun musim bagi aku
rasa mengantuk sangat2 setiap masa
bukan aku je, laki aku pun kena jugak
ada sapa2 lagi yang terkena penyakit ni?
aku cakap bermusim sebab ada masa2 je
bukanlah selalu rasa mengantuk nak tido je..tu pemalas namanya..hihihi
episod tido awal pun bermulalah sekarang ni
penyakit ni akan berlarutan dalam seminggu ke dua minggu sahaja
selepas daripada itu kita akan kembali normal..
punca dan cara lain mengubati masih belum ditemui melainkan tido tido tido

7.1.13

THIS IS CRAZY!

Selamat tahun dua ribu tiga belas
tujuh haribulan dah ni haa..

aku hampir2 menjadi gila untuk ingat segala
password massword semua ni
seberapa banyak sistem yang ada sebanyak itulah nak kena ingat
dan menjadi sangat gila bila
masukkan ic boss pastu masukkan password aku
pastu heran kenapa appear kata laluan atau id tidak betul. ini gila!!
masukkan ic aku pastu masukkan password boss..heran sekali lagi.
kena masukkan id tu ic aku masukkan nama
nak kena reka password boss yang baru bila password lama nak expired
this is crazy!i dont like.


password hrmis aku selalu lupa dan kena reset sebab lama tak bukak

lama-lama mati sebab asik nak kena ingat password
sebab kalau lupa jadi stress pulak  ^____________^

hah ni apa pulak password hrmis aku
cuba tiga kali terus kena block.puiihh

10.12.12

AFTER MARRIED

Selamat hari Isnin
Ada sape2 yang monday blues harini??hehehehh
aku biasa2 je..sebab bos cuti harini
takdelah kerja2 yang urgent sangat
kalau bos ada, ada je kerja yang urgent kena buat time2 tu jugak
tak sempat nak tarik nafas..hihihihi

korang, aku ada masalah ni..
cewahhh..masalah lah sangat
padahal bukan apa pun
after married my antibody totally out!very bad u know..euuwwww
tapi memang aku perasan pun
lepas kahwin macam2 penyakit datang
dulu2 masa bujang nak demam setahun sekali pun susah
sekarang ni jangan kata setahun..
sebulan pun kadang2 dua tiga kali demam
teruk sangat aku rasa
tak masuk lagi dengan migrainnya tiba2 datang
dulu aku tak pernah kenal erti sakit kepala apatah lagi migrain
dah kena baru aku tahu betapa seksanya..sobbbss

ini adalah sangat2 serius..
aku rasa baru je seminggu lebih yang lepas aku demam
ni semalam demam lagi..panadol dah sepapan habis
ubat selsema yang balance demam aritu pun dah makan nak abih ni
tapi still tak baik2..malas dah nak pergi klinik
sebab aku rasa macam..heyyyy...kenapa kejap2 nak kena pergi klinik ni
doktor tu pun bosan asik nak melayan demam aku agaknya
asik2 skrip doktor sama je..hahahaha
lainlah tiba2 skrip dia tukar pulak "eh awak termengandung la..." ha baru best skit..
hahahahaha...sewel aku kannn

eh oklah..tak larat macam nak baring je
tapi yelah,kat ofis kennnnnnn takkan nak baring pulak
walaupunnnnnnnnnnnnnnnnn..bilik bos kosong.eh.

26.11.12

ISNIN YANG BENGANG+MENGANTUK AMBIK DURIAN PUKUL DUA PAGI

Hai..berjumpa lagi kita di segmen melepas geram..hihihih
hari isnin rata2 orang sangat moody kennn
macam aku jugaklah
moody tu tak berapa nak ada sangat
tapi tahap bengang ni dah melampau2 ni
ni baru pukul 9.30 pg ni

Bukan apa..yang buat aku bengang sangat ni
tak berhenti2 pulak telefon ni berbunyi
kalau benda urgent tu aku boleh terima lagi
ni benda merepek meraban tak munasabah pun nak call aku tanya
pastu call setakat nak mintak soft copy itu ini pastu macam2 soalan tanya
heyyyyyyyyyyyy!!!!!!!!!!!!
aku banyak kerja sangat ni
dateline sampai esok je ni
dengan mata terkulai layu..ok tipu
mata tak mampu nak bukak sangat dah ni
gila kau ambik durian pukul 2 3 pagi
tapi kat bawah blok je pun..hahaha

heyyyyyyyyyyyyy!!!!!!!!!!!!!!
aku nak fokus buat kerja ni
semua benda aku taknak layan harini
kalau nak call tolong lah pasal benda yang urgent2 je
seumpamanya kalau kau tak call aku tanya pasal benda tu
kau boleh kena buang kerja..haaaa macam itulah umpamanya...
[mode:menyampah dengan orang suka nak buat kerja senang je.petik jari semua mari..tuiihhhh sangat]

16.11.12

PENAWAR MUJARAB UNTUK ULSER



Hai korang
Lama rasanya takde entry baru
Kalini aku nak share satu petua
Amat mujarab bagi aku
Kalau orang lain aku tak tahulah pulak

Aku ni sejak akhir2 ni
Semakin kerap kena ulser
Ada masa2nyalah
Bila aku ingat2 balik
Dalam sebulan atau dua bulan
Mesti kena sekali
Kena tu kalau sikit takpe
Makan minggu nak hilang
Kadang2 tu aku degil dan buat keras hati
Taknak letak apa2 ubat nak bagi dia baik sendiri
Tapi mana boleh tahan..setakat dua tiga hari bolehlah
Pastu kau meradang tak tentu pasal la dia punya pedih perit tu kan

Semalam akibat sakit hati sangat
Tengok kemain putih besar kat gusi kat gigi bawah belah dalam tu
Dah tiga hari aku biar camtu tak hilang2 pulak
Nak makan pun sengsara
Aku pun letak lah asam gelugur/asam keping
Aku pernah buat sebelum2 ni lepas ubat bonjela tu tak berfungsi utk aku lagi..hihi
Koyak kan kecik2 je asam keping tu
Korang lekatkan kat tempat ulser tu
Nak lagi heaven korang tekan2 kat tempat ulser tu
Pedih nak mam jangan cakap la
Meleleh2 air mata korang
Tapi beberapa minit lepas tu korang akan tahu keberkesanannya
Macam aku harini terus takde ulser tu
Hilang terus sakit pedih perit tu
Tak rasa langsung..
Korang boleh cuba
Tapi keputusan mungkin berbeza bagi setiap individu (eh..cam ubat lak..hihiih)
Selamat mencuba!

1.10.12

ENTRY TERAKHIR (AGAKNYALAHHH)







AGAK-AGAK RAJIN KE AKU NAK TERUSKAN BLOGGING NI EH..
RASA-RASA MACAM MALAS
SEBAB TAK BERUPDATE PUN..
TENGOK KEADAANLAH 
KALAU RAJIN ADALAH ENTRY-ENTRY BARU
KALAU MALAS HARAP MAKLONG MAKLUM LAH EH
KORANG JAGA DIRI OK
BABAI

16.8.12

SELAMAT HARI RAYA

Di Makkah mengerjakan tawaf
Jaga-jaga jangan tersilap
Dari jauh ku pohon maaf
Andai ada salah dan silap

Pagi raya makan pengat
Pergi raya pulak pakai selipar jepun
Tak payah raya sakan sangat
Aku dan korang bukan dapat duit raya pun..
kannn..kannn...

Berangan sangat baju raya sampai empat pasang
Tailor bagitau tak siap buat aku rasa nak marah
Tapi dia cakap boleh siap dua pasang
Takpelah..aku redha dan pasrah

erggghhhhh...hihihi

hati2 dalam perjalanan uolls
sekarang byk speed trap.hihih
jangan lepas raya meraung dapat saman berjela2 pulak

3.8.12

KISAH RAYA KU..cecece

Assalamualaikum dan salam jumaat yang indah permai buat semua
hampir sebulan aku tak update kan
harini ada kelapangan sikit di samping kerajinan yang lebih sikittt..hihih
dah dua minggu kita berpuasa ni kan
cepat je masa berlalu pergi..
sedar2 sok dah nak raya..eh

Feel aku untuk raya tahun ni sangatlah merudum..cewahhh
aku pun tak tahu kenapa takde langsung feel nak raya tu
persiapan haram apa pun takde
eh tapi ada la jugak beli biskut raya sebab teringin nak makan
bukan sebab nak raya ke apa..hahaha

Tahun ni sepatutnya turn balik kampung aku utk raya
tapi kami belum decide lagi nak balik kampung aku dulu
atau beraya je dulu di kuala lumpur yang macam
boleh bentang tikar tengah jalan pastu hidang ketupat lemang rendang...fuuuuu
sebab musabab yang aku malas nak balik kampung aku dulu
sebab takde sape pun balik kampung dulu
akak aku balik umah PIL, kak-kak ipar aku raya umah diorang dulu
maka tinggallah ayah aku dan adik aku saje
ohhh nooooooo..sedehhhhhhhhhh... 

Tapi mengenangkan ayah aku
kesian pulak kat dia..takde sape time 1st raya tu
sobbss..sobbsss...
tengoklah nanti aku decide la nak balik mana dulu
ke nak balik putrajaya dulu je???hahahahaha
hei aku penah 1st hari raya kat putrajaya
serius sedih nak mati oooooo
senyap sunyi pastu kau rasa macam nak terjun dari rumah je..hahaha

oh aku dah fikir dah nanti camne kalau gi beraya kat kg tu
walaupun family aku atau sedara mara takdelah sibuk2 sangat
pasal aku belum ada baby
tapi atleast diorang mesti lah tanya sikit2
oh aku tak kisah lah pasal tu
ko tanya aku jawab lah kan..
persepsi diorang pada aku macam mana tu terpulanglah pada diorang
sebab diorang kena ingat Allah itu Maha Berkuasa ke atas sesuatu
setakat ni belum pernah lagi air mata ni tumpah sebab belum dikurniakan baby
bukan nak kata aku ni cekal kuat sangatlah atau sombong sangatlah kan
orang2 yang mengalami nasib sama macam aku je tahu macam mana perasaan ni
bila dapat tahu orang2 terdekat yang baru kawin pregnant
memanglah kita turut rasa happy utk orang tu tapi ada satu perasaan
yang tak boleh nak dipamerkan dengan riak wajah atau apa2 pun
cuma perasaan dalaman je yg sukar utk dimengertikan

eh,terpanjang pulak entri ni
k,jumpa lagi di lain entri..
sok cuti sebab tu semangat lebih ni..hihihih



6.7.12

KECURIAN YANG TAK BERKESUDAHAN

Haihhhhh..(mengeluh di hari jumaat nasib esok cuti..oyehh)
bengang+marah+sakit hati hari-hari (cepat mati la aku nii..haha)
masalahnya benda kecik je pun
simple je kot..tapi still aku tak boleh hadap lah benda ni
memang pantang aku kot benda ni
kalau barang tu kepunyaan aku
nak taknak orang kena cakap dengan aku
nak pinjam or nak ambik barang tu
aku tak kisah punya
tapiiiiii jangan main sauk je tak cakap kat aku
bila aku sedar barang tu takde
siap lah dalam hati aku ni memaki2

korang nak tahu sebab apa??????????????
SEBAB HARI-HARI AKU KENA GUNA PENSEL/PEN BARU
eh tipu sangat hari-hari kannn..hahahaha
yelah,dalam 5 hari bekerja 3 atau 4 hari aku kena guna pensel/pen baru
ramaiiiiiiiiiiiiiiii sangat orang miskin pen dan pensel kat ofis ni
dah dapat pen dan pensel free pun nak ambik orang lain punya
pastu ada satu lagi masalah jugak
jenis ambik pastu tak reti nak pulangkan atau buat2 lupa
atau memang jenis pelupa (tetelan semut banyak sangat..nasib bukan semut api..hahaha)

ni baru sat2 tadi aku nak ambik pensel tengok sebatang haram pun takde..puiii
sakitnya hati akuuuuuuuuuuuuu
takkan lah aku asik nak apply dalam sistem pen dan pensel kan
nanti orang ingat aku bawak balik rumah buat rebus pulak..puiiihh
kejap2 mintak kejap2 mintak kennnn..

sebenarnya pen dan pensel tu pun aku dapat free jugak..hahahaha
mesti engkorang engkorang cakap "teruknye..sebab pen dan pensel pun nak meroyan.padahal dia pun dapat free"..betul tak????
masalahnya aku memang jenis perangai dari sejak azali lagi
tak suka orang ambik barang aku tanpa pengetahuan atau tak cakap kat aku
percaya atau tidak aku begaduh dgn adik aku kerana SIKAT???hahaha
ko tahu tak sikat tu pun dah rongak2 pun dah buruk dah boleh campak dalam sungai klang pun
tapi tabiat aku tak kira buruk ke apa kalau nak kena cakap dengan aku
tapi tu cerita masa aku belia remaja dulu la..kihkihkih
memang pantang betullah..ko nak cakap jelah.
pastu bila dah ambik tu reti lah pulangkan ditempat asal..

ok..dah lapang dada aku.
nak cari pensel jap..

26.6.12

CUTI REHAT

CR aku banyak lagi
ada 38 hari
tolak siap2 aku cuti sehari 2.7.2012 nanti
so perancangan aku
pasni nak ambik cuti raya je lagi
pastu takde dah cuti
aku harap cuti aku balance boleh tinggal 30 hari by end of this year
aku boleh forward 30 hari ke tahun depan
so campur tahun depan punya kelayakan 25 hari
kalau ditambah jadilah 55 hari..
hahahahahahahahahaha
sesekali aku nak belagak dengan cuti aku
hahahahahahahahahaha
(takdelah gelak syaiton sangatttt...eeuuwwww)